Ya Allah Sir .. Cikgu Khairul dijemput ajal subuh tadi diperjalanan bertugas (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Sungai Besar : Sudah ajal nya Cikgu Khairul tiada lagi semoga sir tenang disana ini lah luahan sayu murid kepada guru muda ini yang dijemput ajal kemalangan awal subuh tadi.

Dalam Kemalangan di jalan raya di Sungai Besar awal subuh tadi melibatkan seorang guru fizik yang juga guru asrama MRSM sg besar, Khairul Anuar bin Salim ,30.

Kereta jenis perodua Myvi dipandu Cikgu Khairul hilang kawalan terbabas merempuh pokok kelapa sawit yang menyebabkan kereta nya remuk  dan dia meninggal dunia akibat tersepit impak rempuhan tersebut.

Loading...

Dimaklumkan semasa kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke MRSM Sg Besar dari rumah beliau Tampin NS.

jenazah kini berada di Hospital Sg Besar dan di jangkan akan dibawa ke rumah duka beralamat Taman Tampin Jaya NS No 141.

Permergian nya sungguh mengejutkan insan-insan yang mengenali dirinya yang menyifatkan beliau seorang rakan dan guru yang sangat berkelibar.

Kini Cikgu Khairul tiada lagi dia dijemput ajal diperjalanan bertugas, Allah lebih sayangkan nya semoga keluarga nya  pelajar- pelajar dan seluruh insan yang mengenalinya tabah,punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.Al fatihah.

Loading...