Turkulai layu berlumur darah.. Ajal Jururawat hamil 3 bulan di rempuh lori pusing U (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Rawang : Dalam suasana jalan hujan dan basah jururawat Azila dalam perjalanan pulang dari tempat nya bertugas kerumah nya.

Namun tidak disangka dia yang hamil tiga bulan maut selepas motosikal ditunggang bertembung lori pasir, di Jalan Bandar,Tasik Puteri, Rawang, disini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, mangsa Noorazlia Idris,26 menunggang secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Puteri.

Sungguh sedih apa yang berlaku terutama suami dan anak sulung nya yang sedang membesar isteri atau ibu pada anak ini telah pergi buat selamanya diperjalanan pulang mencari rezeki.

Loading...

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori pasir membuat pusingan U sebelum memasuki laluan mangsa dan bertembung dengan mangsa.

“Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa adalah jururawat sebuah pusat dialisis di Rawang,”katanya.

Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori berkenaan turut disita bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya, semoga suami ini dan seluruh keluarga tabah amat berat untuk terima semua ini namun Allah lebih sayang kan arwah moga tenang disana. Al fatihah.

Loading...