Tiada lagi model cilik tudung .. berakhir lah penderitaan sicomel ini (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Batu Pahat : Tiada lagi gelak tawanya yang dulu seorang kanak-kanak yang sangat periang, dia selalu menjadi penghibur keluarga.

Suka bergaya paling diingat keluarga ada dia suka mengayakan tudung yang dijahit oleh ibu nya dan sebagai model tudung ibu nya.

Ibu nya berkerja sebagai penjahit tudung setelah dia sakit ibu dan ayah nya berusaha segalanya untuk mengubati penyakit si comel ini mereka sanggup bawa zarra kemana sahaja berubat.

Kanak-kanak penghidap leukemia, Annur Annessa Ezzarra, 5, yang memperoleh simpati masyarakat selepas kisahnya disiarkan Harian Metro Isnin lalu meninggal dunia di Hospital Isl diam Az-Zahrah (HIAZ) Bangi, Selangor, jam 2.45 petang semalam.

Bapanya, Mohd Esa Lamin, 44, berkata, dia bersama isteri Zulina Borhan, 39, dan anak keduanya, Annur Anessa Ezzureen, 12, membawa Allahyarham ke Selangor bagi mendapatkan rawatan susulan di sebuah pusat rawatan alternatif.

Beliau berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu, mula menunjukkan perubahan hingga tidak lalu makan beberapa hari lalu selain beberapa kali sukar bernafas dalam perjalanan ke negeri itu pagi semalam.

Loading...

 

Dari petang Jumaat hingga ke malamnya, adik minta badannya diselimuti kain batik, apabila kami menariknya dia tidak senang dan minta jangan dikacau.

Ketika dalam perjalanan itu, memang sudah nampak tanda-tanda adik sudah semakin lemah dan isteri sempat mengajarnya dua kalimah syahadah dan dia menurutinya.

Cuma ketika pernafasannya reda, dia ada berbual dengan ibunya mengenai hasrat mahu ke sekolah semula dan bertemu rakan-rakannya, katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Buloh, Senggarang di Batu Pahat hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di pusat rawatan alternatif berkenaan, anaknya sudah mula nazak dan dia berkejar ke hospital berdekatan termasuk HIAZ.

Sebaik tiba di depan HIAZ itu adik sudah nazak dan doktor di pusat perubatan Islam berkenaan mengesahkan kematiannya.

Adik dibawa pulang dan selamat dikebumikan kira-kira 9.45 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buloh,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Esa menghargai sokongan semua pihak termasuk penderma dan orang ramai yang tidak putus mendoakan kebaikan kepada keluarga terutama anaknya itu .

Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan dan menitipkan doa untuk anak saya, kita semua sudah melakukan yang terbaik, hanya Allah yang menentukannya,” katanya.

Terdahulu, kisah kanak-kanak yang mesra dipanggil adik dalam kalangan ahli keluarganya mendapat perhatian orang ramai yang tampil membantu termasuk mendoakan kesembuhan penyakit leukemia dihidapi Allahyarham sejak awal September lalu.

Semoga ibu dan ayah nya tabah hilang lah penderitaan sicomel ini moga adik Zarra tenang disana. Alfatihah buat anak syurga ini.

Loading...