Tiada lagi Cikgu kesayangan .. Nyawa Cikgu Ct Sarah di ragut treler terbabas (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Ayer Keroh : Tidak disangka perjalanan pulang ke Subang Jaya dari Johor Bahru kereta dipandu Cikgu Siti Sarah  bersama suami dan anak nya telah dirempuh sebuah treler kontena yang terbabas masuk kelaluan bertentangan.

Dalam kejadian wakatu senja itu Ibu kepada dua anak ini dan pemandu treler kontena maut dalam nahas di Kilometer 197.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh Melaka, jam 7 malam tadi.

Sebuah treler dilaporkan terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan kereta Honda Jazz yang menyebabkan Siti Sarah Azahari,34, tahun meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan tersepit dalam keretanya yang remuk.

Suami mangsa Mohd Nazri Kamaruddin, 34 tahun patah kedua-dua kaki dan tangan,anak mereka Ahmad Syahmi Ikhwan, 6 tahun cedera di kepala.

Loading...

Seorang lagi anak lelaki, Ahmad Syafwan Iman, 4 tahun dilaporkan tidak cedera,tiga beranak itu yang cedera dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan.

Mereka dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Seremban,pemandu treler, P Vedantham, 56 tahun turut tersepit dalam kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian,Mangsa dari arah Seremban menghala Johor Bahru.

Mengikut sumber awal pemandu treler dipercayai mengalami serangan jantung sebelum treler kontena yang dipandu nya hilang kawalan merempuh pembahagi jalan sebelum dan masuk kelaluan kereta yang di pandu Cikgu Siti Sarah.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, dua anak kecil ini telah kehilangan ibu mereka buat selamanya manakala ayah mereka kini parah patah tangan dan kaki kini bertarung nyawa di Hospital Alor Gajah.

Al fatihah buat arwah Cikgu Siti Sarah,lebih mesra dengan panggilan Cikgu CT, Cikgu kesayangan murid SMK USJ 23 Subang Jaya. Al fatihah dan RIP buat pemandu treler.

Loading...