Singgang keladi masakan terakhir .. Koperal Yie maut dirempuh remaja 19 tahun (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Tumpat : Koperal Yie sudah tiada, tiada lagi seorang insan yang suka memasak dan selalu memuat naik masakan nya dilaman facebook beliau untuk berkongsi dengan rakan-rakan fb nya.

Koperal Yie seorang yang sangat baik amat gemar memasak mengikut rakan-rakan fb beliau singgang keladi adalah masakan terakhir arwah yang dikongsi dilaman sosialnya.

Ada antara rakan fb nya baru komen di fb mengenai gulai singgang keladi yang dimasak Koperal Yie atau lebih mesra dengan nama abang Yie, mereka amat terkejut bila mendapat tahu Abang yie telah tiada maut kemalangan di hadapan Balai Polis nya bertugas hari ini.

Paling mengundang pilu telur pecah di hujung kaki nya mungkin arwah baru membeli telur untuk dimasak dirumahnya sememang nya arwah amat suka memasak selain amat komited dengan tugas nya.

Sinar harian melaporkan seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel membabitkan kemalangan dua buah motosikal di  Kilometer  6 Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor dekat Wakaf Bharu, petang tadi.

Loading...

Kemalangan jam 2.25 petang, mangsa Koperal Fakri  Mat Adam, 53,  yang bertugas di Balai Polis Wakaf Bharu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Nik Azlan Nik Ibrahim berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa  yang baru keluar dari Balai Polis Wakaf Bharu dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di kampung Kedemit.

“Sampai di tempat kejadian mangsa menunggang motosikal Yamaha LC bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

“Motosikal remaja terbabit dari arah belakang telah bergesel dengan motosikal mangsa lalu menyebabkan kedua-duanya jatuh ke atas jalan.

“Mangsa maut ditempat kejadian manakala remaja terbabit hanya cedera ringan dan dirawat Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Nik Azlan berkata, allahyarham berkhidmat sebagai anggota polis selama hampir 30 tahun dan baru setahun bertugas di Balai Polis Wakaf Bharu.

“Satu kehilangan besar bagi warga polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tumpat, Allahyarham seorang yang berdedikasi dan komited dengan tugasnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di Kampung Tanjung Kuala Krai. Al fatihah.

Loading...