Seminggu hilang kini adik pulang .. sampai hati buat adik macam tu (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Muar : Pengorbanan seorang kakak yang bergelar Angah berusaha sedaya upaya apabila adik kesayangan berusia 13 tahun hilang hampir seminggu tanpa sebarang berita.

Wanita yang dikenali dengan nama Sha ini tidak berputus asa menghebahkan di media sosial kehilangan adik nya memohon netizen mengesan adik nya Intan Nursyahira Roslan,13.

Dia yang tidak sihat dirawat di wad hospital sebuah hospital terpaksa memohon keluar dari wad semata-mata untuk terus berusaha mengesan adik nya.

Alhamdulilah semalam adik nya telah kembali kepada keluarga setelah hampir seminggu menghilangkan diri setelah laporan polis dibuat tentang kehilangan adik nya.

Mengikut nya adik nya telah di sorok oleh seorang lelaki yang mungkin dikenali adiknya kini pihak berkuasa giat mengesan lelaki terbabit bagi mengetahui punca sebenar nya adik nya di sorok hampir seminggu.

Dia dan keluarganya amat resah apa yang berlaku memikirkan keselamtan adik nya namun kini dia bersyukur segalanya telah selesai dan menguucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Loading...

Akhbar Utusan melaporkan Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu telah pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya, pukul 2 pagi semalam .

Pihak berkuasa mengesahkan Remaja itu pulang ke rumah keluarganya dalam keadaan selamat, tiada kecederaan apa-apa, malah ibunya turut memaklumkan perkara itu kepada polis dan kita mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Remaja berkenaan dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Akhbar hari ini melaporkan, sebuah keluarga buntu apabila remaja tersebut dipercayai hilang sejak keluar dari rumahnya di Taman Rambai, Parit Buaya kira-kira pukul 5 petang.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu difahamkan memberitahu keluarganya untuk ke rumah rakannya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka bagi menyiapkan kerja sekolah.

Loading...