Selamat tinggal sayang..Ajal suami maut disisi isteri sedang mengandung (10Gambar)

Gerik : Perjalanan pasangan suami isteri ini untuk pulang kekampung di Kelantan bertukar tragedi apabila kereta yang di pandu suami bersama isteri telah terlibat kemalangan ngeri.

Pasangan ini merupakan pasangan pengantin baru yang mana mereka baru berkahwin awal tahun ini dan isteri mangsa sedang mengandung anak sulung mereka.

Mangsa yang dikenali dengan nama Hanif Zulhilmi Che Md Jusoh  ,25, tahun maut ditempat kemalangan manakala isteri nya cuma cedera ringan.

Paling menyedihkan Hanif menghembuskan nafas terakhir disini isterinya yang juga seorang jururwat, apa yang berlaku undang pilu orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Akhbar melaporkan seorang lelaki maut, isterinya cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di depan terowong di Kilometer 71.3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, hari ini.

Loading...

Dalam kejadian 11.15 pagi, pemandu kereta yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Hanif Zulhilmi beralamat di Nombor 59, Jalan 11 Felcra Teratak Batu Pasir Puteh, Kelantan.

Isterinya yang cedera pula, Nor Anis Azmee, 25, dari Limbat, Kota Bharu yang juga jururawat di Hospital Pulau Pinang..

Muhammad Hanif yang bekerja sebagai juruteknik kilang memandu kereta Honda City dari arah Gerik ke Jeli.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, ketika tiba di depan terowong itu, kereta mangsa dipercayai mengelak kenderaan lain sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta mangsa merempuh penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbalik di luar terowong itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera dan dirawat di Hospital Jeli” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, semoga Puan Anis tabah dengan dugaan ini semoga roh Hanif tenang disana. Al fatihah1

Loading...