Selamat tinggal sayang .. Ajal ibu semasa hantar anak duduki SPM pagi tadi (12Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Kemaman : Sungguh tidak disangka bagi adik Nuryn Elmira Farhana ,17, perjalanan nya kesekolah untuk menduduki peperiksaan kertas Prinsip Perakaunan 1 SPM 2017 pagi tadi bertukar tragedi apabila ibu tersayang pergi buat selamanya kemalangan bersama dirinya pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdepan saat getir apabila ibunya maut, adiknya parah manakala dia bersama dua lagi mangsa cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta dan van ketika dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan kertas Prinsip Perakaunan 1 SPM 2017, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Proton Waja dinaiki Nuryn Elmira Farhana Mohd Hamzah, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal bersama ibu dan adiknya berlanggar dengan sebuah van Toyota Hiace di Kilometer 130 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu di Kampung Meraga Beris, di sini.

Akibat nahas itu, ibunya, Surina Ghani, 40, yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia dunia di lokasi kejadian manakala adiknya yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Anak Dara, Nuryn Elisha Farhana Mohd Hamzah, 12, patah tulang pipi selain mengalami kecederaan dalaman.

Loading...

Nuryn Elmira pula mengalami retak tulang bahu kanan dan pergelangan tangan kanan menyebabkan dia terpaksa menduduki kertas Prinsip Perakaunan 1 dan 2 di Hospital Kemaman masing-masing pada jam 8 dan 10 pagi.

Semasa kejadian, tiga beranak itu baharu keluar dari simpang rumah mereka di Kampung Meraga Beris untuk ke SMK Kijal sebelum berlanggar dengan van dinaiki dua sukarelawan Aman Palestin yang berada di lorong kanan jalan dan dalam perjalanan dari arah Chukai ke Kerteh untuk membuka booth pameran.

Ekoran itu, sukarelawan terbabit, Mariani Mohd Nor, 27, turut mengalami patah tulang pipi dan rakannnya yang memandu van itu turut tercedera.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim yang mengesahkan kemalangan itu berkata, kesemua mangsa yang parah dan cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan mangsa maut turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, menurutnya, berikutan keadaan Nuryn Elisha yang kritikal, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 10.30 pagi tadi untuk rawatan lanjut.

Kata beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sungguh perit apa yang berlaku semoga adik Nuryn Elmira Farhana kuat dan dia bersama adik nya cepat sembuh tiada lagi ibu disisi pagi tadi berakhir tugas ibu nya untuk mereka. Al fatihah.

Loading...