Rehat lah dengan tenang sayang .. Ajal bakal pengantin dalam tangki diesel terbakar (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Rawang : Arwah Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28,  begitu teruja menunggu detik disatukan dengan pasangan pilihan hati  Siti Aisyah lagi satu bulan lebih lagi namun segala impian tersebut kini lenyap buat selamanya.

“Arwah sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember depan, tapi tak sangka hajatnya tak tercapai,” kata Azmin Ab Rahman, 53, abang kepada Mohd Ziehafizan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan tangki minyak di kilang simen, Jalan Kuala Garing, Rawang, petang semalam.

Menurut Azmin, arwah sudah bertunang hampir setahun lalu dan segala persiapan perkahwinan sudah disiapkan oleh arwah termasuk membeli barang hantaran.

“Kali terakhir arwah berjumpa kami adik beradik pada hujung bulan Oktober lalu dan seempat bermalam selama dua hari di rumah kami di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, Terengganu.

Loading...

Pada waktu itu, arwah memang teruja menunggu tarikh perkahwinannya selain berhajat untuk mengambil khidmat juruvideo ketika hari pernikahan nanti,” katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menurut Azmin, selain itu, arwah sempat menyerahkan borang kelulusan pernikahan kepadanya untul disemak serta ditandatangani.

“Waktu itu arwah tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik sebelum kejadian berlaku.

“Cuma, seperti biasa sebelum balik semula ke Rawang, dia ada meminta maaf kepada kami semua,” katanya.

Azmin berkata, dia bersyukur apabila mayat adiknya selamat ditemui dalam keadaan sempurna tanpa ada kesan melecur mahupun luka dan jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Pauh pagi esok sebaik dituntut.

Semoga Siti Aisyah tabah dengan dugaan yang menimpa tunang nya dia berkerja keras untuk mencapai cita-cita nya dan menyunting diri nya sebagai isteri.

Namun Allah lebih sayangkan Ziehafizan dia pergi dengan tragis ketika mencari rezeki semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana. Al fatihah.

Loading...