Perahu pecah dibedal .. Nasip maut diseret dan dibaham buaya ketika cari rezeki (12Gambar)

Simunjan : Apa yang berlaku amat menyedihkan dia yang keluar mencari rezeki hilang tanpa sebarang tanda sehingga lah ditemui jasad kaku terapung dipercayai dibahan buaya.

Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di Sungai Gedong berhampiran Kampung Tengah Hilir di sini pada Selasa lalu ditemui lemas di sungai tersebut semalam.

Lebih menyedihkan, Nazip Abang, 33, dipercayai diheret di permukaan sungai oleh seekor buaya sebelum dia dilepaskan reptilia berkenaan.

Loading...

Menurut sumber, dakwaan mengatakan mangsa diserang sang bedal ketika menangkap ikan mungkin ada kebenarannya kerana perahu yang dinaiki Nazip ditemui dalam keadaan pecah di tebing sungai.

“Kita percaya sang bedal tersebut telah menyerang mangsa dengan merempuh perahu dinaikinya hingga pecah hingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam sungai dan membahamnya.

Semoga keluarga nya tabah kehilangan Nazip terukai mugkin sudah ajal nya semoga isteri nya Suliza tabah dengan kehilangan suami tersayang pasti anak perempuan nya tercari cari ayah nya kerana dia amat rapat dengan arwah.

Jenazah nya dibawa pulang dari Hospital untuk di semadikan semoga rohnya dicucuri rahmat.Al fatihah.

Loading...