Muka dan kepala berlumur darah .. Zubir maut ditembak kekasih isteri (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Rompin : Sampai hati isteri demi menutup kecurangan dia sanggup mengupah kekasihnya membunuh suami nya dengan niat supaya tidak menganggu hubungan terlarang mereka.

Suspek benar-benar sudah taksub terlalu sayang pada kekasihnya sanggup melakukan apa sahaja tambahan pula dia terpengaruh denga adegan drama Titian Hasrat yang diadatasi dari Novel.

Angkara taksub menghayati sebuah jalan cerita novel  dan darama terbabit yang didakwa berkait kisah hidupnya, seorang lelaki telah bertindak menembak suami kepada kekasihnya menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah tempat mencuci kereta di FELDA Keratong Dua, di sini, 24 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, difahamkan suspek seorang pembantu kedai makan bertindak menembak mangsa yang berusia 32 tahun yang juga pekerja kedai cuci kereta berkenaan dari jarak lima meter ekoran ingin membuktikan cintanya kepada isteri mangsa.

Loading...

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa dan isteri, kedua-duanya warga Indonesia dipercayai telah berkahwin sejak dua tahun lalu namun kini sedang mengalami keretakan rumah tangga.

“Difahamkan suspek lelaki warga tempatan bekerja di kedai yang sama dengan isteri mangsa berusia 32 tahun dan menjalinkan hubungan sulit. Suspek dipercayai bertemu dengan mangsa untuk berbincang dengan mangsa supaya tidak membawa pulang isterinya ke Aceh, Indonesia.

““Mangsa yang dikenali dengan nama Zubir, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala meninggal dunia pada 12 tengahari 25 Oktober lalu selepas 12 jam mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini semalam.

Tambah beliau, suspek berusia 28 tahun ditahan ketika berehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ketika cuba melarikan diri ke kampung halamannya di Bedong, Kedah kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Jumaat lalu.

Susulan tangkapan berkenaan, Polis turut menahan tiga lagi suspek iaitu isteri mangsa serta majikannya, seorang wanita berusia 48 tahun dan seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga rakan suspek utama bagi membantu siasatan.

Tambah Azli, selain itu, pihak polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seperti tiga peluru dan satu kelongsong, skru pemutar bagi memasang dan membuka senapang berkenaan.

Menurutnya, polis berjaya menemui senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan disorok di Ladang Sungai Guan, Kota Bahagia.

“Suspek yang menaiki motosikal berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan dibantu pasukan dari Unit Khas (D9).

“ Hasil siasatan turut mendapati suspek memberitahu tindakkan yang dilakukannya adalah ekoran terpengaruh dengan sebuah novel cinta , “ujarnya.

Suspek kini ditahan reman sehingga 3 November depan manakala selebihnya sehingga 2 November.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Loading...