Meraung minta tolong .. Adi maut ditikam dan dipukul dengan penyodok oleh adik (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Seremban : Suspek macam hilang akal memperlakukan sedemikin pada abang nya sendiri, selepas dia menikam abang nya berulang kali dia juga memukul mangsa menggunakan penyodok tanah sambil megejar mangsa.

Mangsa akhirnya jatuh akibat cedera parah ditikam suspek dapat ditangkap oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian sunggus tragis cara kematian mangsa yang disifat kan seorang yang amat baik dan disenangi ramai

Utusan melaporakn Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini maut disyaki selepas ditikam beberapa kali oleh adik kan­dungnya dalam kejadian di Taman Bunga Sejati di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adik lelakinya berusia 31 tahun dipercayai bertengkar di hadapan rumah sebelum dia ditikam oleh suspek menggunakan pisau di bahagian belakang badan.

Mangsa yang tinggal di kawasan berhampiran datang ke rumah itu bagi menghantar anak untuk dijaga ibunya yang menetap di kediaman berkenaan bersama suspek sejak tiga bulan lalu.

Seorang penduduk yang eng­gan dikenali berkata, ketika kejadian dia terdengar bunyi bising dan ternampak mangsa yang berlumuran darah berada di luar rumah dan cuba melarikan diri.

Loading...

Menurutnya, suspek mengekorinya dengan membawa besi penggali tanah dan sempat memukul bahagian badan dan kepala mangsa beberapa kali dengan peralatan tersebut.

“Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia terbaring di atas jalan raya kira-kira 30 meter dari rumahnya. Ibunya yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat berbuat apa-apa.

“Beberapa penduduk berjaya menangkap suspek manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) menggunakan sebuah kereta jiran,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang juga pesara tentera, Haidzir Kamarudin, 48, berkata, suspek yang juga penganggur seolah-olah hilang ingatan kerana tergamak memukul abangnya yang sudah tidak bermaya dengan penggali tanah tersebut.

“Saya dan dua lagi penduduk cuba menangkapnya, namun dia sempat menghayun besi itu sehingga mencederakan salah seorang penduduk di bahagian kepala.

“Saya berjaya menjatuhkan suspek sebelum mengikatnya dengan tali dan menghubungi pihak polis. Saya tidak sangka dia bertindak agresif kerana sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan abangnya,” katanya.

Ujarnya, mangsa yang merupakan seorang kontraktor me­ninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dalam satu kenyataan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semoga isteri mangsa yang juga seorang guru tabah dengan apa yang berlaku, isteri arwah Norhafizan meluahkan rasa sayu apa yang berlaku kepada arwah suami nya dilaman sosial semoga puan tabah dengan dugaan ini. Al fatihah.

Loading...