Meraung kesakitan sebelum rentung terbakar .. Ajal ayah dan anak malam jumaat (12Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Batu Pahat : Mohd Irwan ,36,dan anak perempuan nya Nur Syahzanani Munirah, 17, maut tragis malam tadi apabila kereta Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbakar dalam kejadian di kilometer 9 Jalan Kluang – Batu Pahat Johor 8.30 malam tadi.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit meraung kesakitan gagal keluar dari kenderaan sebelum terbakar, jasad kedua beranak itu dikeluarkan anggota bomba selepas api berjaya dipadamkan.

“Kemalangan dipercayai ketika Perodua Myvi yang di pandu Mohd Irwan dari arah Sri Gading menghala ke Batu Pahat dan sampai di tempat kejadian kereta dipandu hilang kawalan dan langgar penghadang tengah jalan dan masuk lorong sebelah kanan.

Loading...

“Pada masa yang sama sebuah Ford Fiesta dari arah bertentangan bertembung dengan Myvi berkenaan menyebabkan pemandu Honda Civic yang berada di belakangnya cuba mengelak dan melanggar serpihan Myvi.

“Akibat perlanggaran itu kedua mangsa yang berada dalam Myvi berkenaan maut terbakar manakala pemandu Ford Fiesta yang belum dikenal pasti identitinya parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Pemandu Honda Civic yang belum dikenal pasti identiti hanya cedera dan seorang lagi pemandu Proton Satria berusia 34 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilana pada 8.27 malam.

“Pegawai Operasi PBK II Misro Rusdan bersama enam anggota sampai di tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan kedua mangsa selepas api berjaya dipadamkan,” katanya operasi ditamatkan pada 9.15 malam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat pergi mereka dimalam jumaat yang mulia dalam keadaan yang sungguh tragis semoga keluarga mereka tabah dengan dugaan ini. Al fatihah

Loading...