Kepala parah putus peha dihiris divider .. Ajal Faizal kecundang dijalan (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Senawang : Ramai netizen yang mengatakan faizal berlumba atau merempit mengakibat nyawa nya tergadai dan dia kecundang dijalan raya.

Namun kawan-kawan beliau mengatakan ini kemalangan dan mungkin sudah ajal arwah, arwah memang meminati motosikal dan seorang rakan yang baik.

Penunggang motosikal maut dalam keadaan putus kaki kanan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran susur Senawang, hari ini.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Muhamad Faizal Eddley, 22, menunggang secara berkumpulan bersama rakan lain dalam perjalanan dari arah Seremban ke Senawang.

Loading...

 

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal Modenas Kriss yang berada di laluan kiri.

“Kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas merempuh penghadang jalan.

“Mangsa tercampak dan parah di kepala serta putus kaki kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penunggang Modenas Kriss hanya cedera ringan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan dan keluarga begitu tragis Faizal pergi Allah lebih sayangkan nya semoga rohnya dicucuri rahmat.

Jenazah nya selamat disemadikan hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Parit Mantan Batu Pahat. Alfatihah.

Loading...