Kakak .. adik .. ayah dah tak ada sayang .. Suami maut ketika cari rezeki (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Segamat : Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya Amir Hassan yang keluar mencari rezeki maut kemalangan.

Apa yang terlintas difikiran isteri ini adalah anak-anak mereka, suami kepada Ejai Zalizah bersama 2 lagi rakan maut apabila lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan bertembung treler.

Amir Hassan,30,  Eriman Yaatim, 34, dan  Rahmani Warni, 58 yang berkerja dengan Ayamas maut ditempat kejadian impak kemalangan.

Harian metro melaporkan tiga maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan treler di Jalan Pulapol (Jalan By Pass), Segamat, Johor dalam kejadian 2.30 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit yang dari Batu Anam menghala ke bandar Segamat masuk ke laluan yang dilalui treler terbabit.

Loading...

“Pemandu lori cuba mengelak ke arah kanan jalan, namun tetap bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan itu.

“Lokasi kejadian adalah jalan selekoh dengan dua lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

“Lori berkenaan rosak teruk di bahagian hadapan dan treler pula rosak pada bahagian sisi sebelah kiri hadapan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler, M Abimanan, 27, serta penumpangnya, S Rajeswary, 23, cedera ringan.

Menurut Dzulkhairi, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Segamat untuk bedah siasat, manakala kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dihantar ke Puspakom Segamat untuk pemeriksaan.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga Puan Eija tabah dengan dugaan ini dia meluahkan rasa sedih apa yang berlaku dilaman sosial nya.

Semoga roh arwah suami nya dan 2 lagi rakan tenang disana, mereka dijemput ajal dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga. Al fatihah.

Loading...