Hanya jasad kaku pulang .. Ajim maut diperjalanan balik kampung jumpa isteri dan bayinya (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Seremban : Penantian isteri penuh kegembiraan menunggu kepulangan suami tersayang yang sudah lama tidak berjumpa.

Namun penantian itu bertukar duka apabila mendapat berita suami yang di tunggu pergi buat selama nya hanya jasad kaku nya akan pulang berjumpa isteri dan anak.

Tidak diduga sama sekali oleh isteri nya Nik Azurin hasrat suami nya yang terlalu rindu untuk jumpa bayi nya yang berusia 8 bulan tidak kesampaian.

Perjalanan pulang seorang jurukimpal untuk bertemu isteri dan anaknya di FELDA Jengka, Pahang berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggang, terbabit kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus.

Kejadian kira-kira jam 7.52 pagi itu menyebabkan Mohamad Syahrul Nazzim Shamsuri, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Ajim dari FELDA Jengka, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Loading...

 

Abangnya, Mohd Haizat, 34, berkata dia mengetahui mengenai kemalangan menimpa adik bongsu daripada lapan beradik itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

Katanya, adiknya baru bekerja di sebuah kilang di Rantau sebulan lalu, dan menyewa bersama-sama rakannya di sebuah rumah di Senawang.

“Dia dalam perjalanan pulang ke FELDA Jengka untuk bertemu dengan isteri dan anak lelakinya berusia tujuh bulan yang tinggal di sana, tetapi sudah takdir dia tidak sempat bertemu mereka,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, tengah hari tadi.

Mohd Haizat yang tinggal di Senawang berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya pada Aidiladha lalu di rumah keluarga mereka di FELDA Jengka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata siasatan awal pihaknya mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Seremban, terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah Kuala Pilah.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kanan bersama motosikal ditunggangnya.

“Pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun hanya cedera ringan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah,” katanya.

Hock Poh berkata, mangsa kemudian dibawa ke HTJ, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga Nik Azurin tabah dengan dugaan ini sungguh berat dugaan mereka ini moga roh arwah suami nya yang lebih mesra dengan panggilan Ajim tenang disana, jasad nya selamat disemadikan malam tadi.Al fatihah.

Loading...