Hajat jumpa rakan wanita tidak kesampaian .. Jasad Akim berkecai digilis treler (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Ipoh : Muhammad Hakim beria kerumah rakan baik nya Tasya untuk berjumpanya,namun Tasya tiada dirumah kerana ada urusan kerja.

Mujur lah kakak Tasya sempat berbual dengan Akim di hadapan rumah nya, akim sempat lagi bergurau dan bergambar di depan rumah Tasya,  itu lah perilaku Akim yang agak pelik diceritakan kakak Tasya di laman sosialnya.

Hasrat Akim hendak berjumpa tasya tidak kesampaian dia terpaksa pulang kerana Tasya ada kerja yang diuruskan.

Apabila pulang kerumah Tasya cuba menghubungi Akim untuk berjumpa namun Akim menolak kerana hendak berehat ” Mungkin Merajuk “.

Mereka tidak berjumpa sehingga lah  Tasya dan kakaknya Nurul mendapat berita Akim pergi buat selamanya terlibat dalam kemalangan dia maut dengan tragis jasad berkecai digilis treler.

Akhbar melaporakan penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 286.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Ipoh, malam tadi.

Loading...

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Muhammad Hakim Zulkipeli, 22, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, pemandu kereta berusia 36 tahun dan pemandu treler berusia 55 tahun tidak cedera.

imbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa cuba memotong sebuah kereta di lorong kanan lebuh raya.

“Bagaimanapun ketika memotong, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan kereta terbabit sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Treler yang berada di lorong kiri lebuh raya dikatakan gagal mengelak kenderaan berkenaan menggilis mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan perut.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan Akim  tenang disana Al fatihah.

Loading...