Hadi baru raikan Konvo .. Dia dijemput ajal pada ulang tahun kelahiran ayah nya (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Ulu Yam : Hancur luluh hati ibu dan ayah anak sulung mereka yang lebih manja dengan panggilan Along baru meraikan Majlis Konvokesyen telah pergi buat selamanya terlibat kemalangan pada hari lahir Ayah nya pada 30.10.17.

Muhammad Hadi Idris, 23, berkerja sebagai Ejen Insuran Takful merancang untuk ada kan majlis ulangtahun kelahiran ayah nya dengan belanja satu keluarga namun hasrat itu tidak kesampaian.

Permergian tragis Hadi mengundang pilu rakan-rakan nya antara insan yang paling rapat dengan nya adalah Dayana,dia meluahkan rasa sedihnya dilaman sosialnya.

Harian metro melaporkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia manakala seorang lagi parah apabila jentera ditunggang mereka terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Tua-Hulu Yam berdekatan Desa Kelisa, Hulu Yam, jam 6 petang semalam.

Loading...

Kemalangan berlaku ketika Muhammad Hadi Idris, 23, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Taman Desa Hulu Yam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bhak Pai berkata, Muhammad Hadi menunggang Yamaha LC dan tiba di lokasi, dia memotong kereta namun bergesel dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Ia mengakibatkan Muhammad Hadi terjatuh sebelum dilanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 22 tahun yang gagal mengelak.

“Penunggang kedua yang turut terjatuh parah manakala Muhammad Hadi disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala,” katanya.

Mayat mangsa dan penunggang kedua itu dibawa ke Hospital Selayang,Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga ibu dan ayah hadi tabah mereka kehilangan anak tersayang semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana. Al fatihah. Foto DTTB

Loading...