Gurauan ucap selamat tinggal untuk isteri jadi nyata..Ajal nya dilanggar tercampak ke gaung (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Seremban : Gurauan ucap selamat tinggal si suami buat isteri di aplikasi whats app jadi nyata apabila dia betul-betul pergi buat selamanya maut kemalangan.

Muhammad Hafizuddin Jali, 25, maut apabila motosikal yang ditunggang nya dirempuh kereta dan dia tercampak gaung  di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus, dekat sini malam tadi.

Isteri nya meluahkan rasa sedihnya di laman sosial katanya sebelum kejadian arwah suami ada bergurau dikala dia merajuk di aplikasi whats app.

Arwah suami mengucapkan selamat tinggal dia pun menjawab kenapa nak tinggalkan dia namun tiada jawapan dari suami mungkin dia sudah terasa yang  dirinya akan pergi buat selamanya.

Loading...

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu,Hafizuddin terhumban ke dalam gaung apabila motosikalnya jenis Yamaha LC dilanggar sebuah kereta, Proton BLM dipandu oleh seorang wanita.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Rudi Hortono Mohd. Yasin berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kuala Pilah.

“Kami terima maklumat awam sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Mangsa tercampak ke dalam gaung di jalan tersebut menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya.

Semoga isteri nya dan keluarga tabah dengan dugaan ini amat memilukan tidak disangka gurauan arwah jadi nya moga arwah tenang di sana. Al fatihah.

Loading...