Fateh anak dibuang ibu .. dikutip keluarga angkat dia maut didera kejam (6Gambar)

Batu Pahat : Tiada siapa yang meminta untuk lahir kedunia ini hanya untuk dibuang dan di dera hingga mati.

Ini lah nasib adik Muhammad Al fateh Abudullah baru berusia hampir 2 tahun belum mengenal apa-apa erti kehidupan dilahir kedunia oleh ibu kandung namun dibuang ibu akibat masalah peribadi dalam keluarga.

Fateh diserahkan kepada keluarga angkat dengan berat hati mengharapkan sedikit simpiti pada keluarga yang mengambil Fateh sebagai anak angkat dengan mengharapkan fateh dapat dijaga seperti anak sendiri.

Namun jalan hidup fateh amat perit dan sukar bila hidup nya dijadikan mangsa kejam manusia berhati binatang didera dengan kejam pada badan dengan kesan lebam.

Sehinggalah diri nya nazak nyawa nyawa ikan dihantar ke hospital oleh keluarga angkat untuk menerima rawatan namun setelah bertarung nyawa dia hingga hembus nafas terakhir.

Loading...

Siapa yang akan disalahkan dalam kes ini ibu fateh amat sedih anak nya maut didera dan merasa tekilan apa yang berlaku setelah dirinya membuang fateh dalam hidupnya diserahkan kepada orang lain.

Ini kata nya ” Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu “.

“Saya sudah amanahkan mereka (ibu dan bapa angkat) untuk menjaga dan memberinya kasih sayang dengan sempurna tetapi tak sangka ini balasan mereka kepada saya.

Itu luahan ibu kandung arwah adik fateh kita boleh nilaikan sediri perasaan nya yang mana dia kini sarat mengadung 7 bulan apa lah nasib pada kandungan dan bayinya akan lahir nanti semoga tidak menjadi seperti nasib fateh.

Ini pula luahan wanita yang merupakan ibu angkat fateh juga sedih apa yang berlaku  dia meluahkan perasaan nya dilaman sosial nya pada 11 julai lalu.

“Ya Allah..hebat sungguh ujian mu buat hambamu..semoga aku tabah menjalaninya,” katanya.

Suspek juga memuat naik gambar anak angkatnya itu dan luahan hatinya mengenai Muhamad Al Fateh yang dihina orang sekeliling selain dibuang ibu kandungnya, 11 Januari lalu.

“Bersabarlah wahai sayang, walaupun kau dibuang ibu kandung sendiri, dihina orang sekeliling tetapi aku akan cuba melindungi kau.

“Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai anak yang tidak berdosa,” katanya.

Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya meninggal dunia, jam 12.45 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.

Kesimpulan dalam hal ini tiada siapa mengaku salah keatas apa yang berlaku sehingga adik fateh maut dengan cara yang amat tragis.

Semoga semuanya akan terungkai, jasad sikecil Al fateh selamat disemadikan semoga diri nya tenang disana setelah menderita sepanjang hayat didunia. Al fatihah

Loading...