Dugaan bertimpa buat ibu.. Adik Sumayyah pergi jua buat selama nya (10Gambar)

Kluang : Sesungguhnya ini adalah sebaik perancangan yang maha esa , kita sebagai umat nya tidak mampu untuk menolak takdir dan ketentuannya.

Ini lah yang terpaksa ditempuhi seorang wanita cekal yang dikenali dengan Nurul Shahida atau Mummy Gojes melalui laman sosialnya, dia merupakan seorang usahawan perniagaan online menjual produk kosmetik.

Disebalik dirinya yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak istimewa yang bernama Nurul Ariana Sumayyah yang diduga Allah menderita penyakit penyakit Hati di mana memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan penyakitnya itu.

Baru -baru ini ibu muda ini diduga lagi apabila rumah kedai milik keluarga dan dirinya hangus terbakar dalam kejadian 19 ogos lalu.

Loading...

Segalanya usaha yang dibina bersama keluarga hangus sekelip mata melainkan Senaskah Al Quran, dia redha dengan ketentuan yang maha esa apa yang berlaku walaupun amat perit dan menyedihkan.

Namun pada pagi 25 Oktober 2 hari lalu ibu muda ini diduga lagi Summayah anak istimewanya telah dijemput pencipta setelah menderita penyakit hati yang dihadapinya itu.

Sememang nya dugaan bertimpa buat ibu muda ini dan keluarga, kini tiada lagi Sumayyah,tiada lagi senyum tawa nya walaupun sedang menderita sakit, anak istimewa ini jugalah penguat semangat ibu muda ini semoga roh nya tenang disana.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah suka duka ibu muda ini boleh ke facebook nya Mumyy Gojess salam takziah dari kami buat Puan Nurul Shahida sekeluarga . Al fatihah  Credit : Mumyy Gojes

Loading...