Doakan suami Diya .. Suami terjatuh dalam tangki diesel ketika terbakar (10Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Rawang : Hanya berserah pada yang maha esa setuasi terkini suami nya dan 2 lagi rakan yang dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam sebuah tangki diesel ketika tangki berkenaan meletup dan terbakar, di sini, petang semalam.

Diya Nadia isteri kepada salah orang mangsa yang terlibat hanya mengharapkan keajaiban agar suami nya Zamri Adenan ditemui dengan selamat walaupun harapan itu agak tipis.

Diya yang merupakan seorang Blogger Pinky Momma memohon maaf pada yang menghatar mesej yang mana mereka ingin mengetahui status terkini suami nya.

Setakat ini tiada apa-apa berita terkini tentang nasib suami nya dan 2 rakan, Diya melalui laman sosialnya hanya mampu mendoakan dan megharapkan orang ramai mendoakan suami nya dan rakan juga.

Loading...

Dalam kejadian petang semalam tiga pekerja sebuah kilang simen, dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam  tangki diesel berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata semua mangsa adalah warga tempatan berusia 28 tahun, 35 tahun dan 49 tahun.

“Tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang terbabit dalam operasi memadam kebakaran, yang membabitkan 30 anggota.

“Difahamkan ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan selepas 30 minit dan sehingga kini, kita dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Sani berkata, kerja mengeluarkan mangsa memerlukan masa yang agak panjang berikutan pihak kilang terpaksa memindahkan minyak diesel daripada tangki terbabit.

“Buat masa ini, kita perlu mengeringkan tangki terbabit terlebih dulu, yang mengandungi kira-kira 750,000 liter diesel.

“Apabila tangki kering, barulah kita boleh keluarkan mangsa,” katanya, semoga Puan Diya dan seluruh keluarga tabah dengan dugaan ini diharap suami dan 2 rakan yang terlibat selamat sama-sama kita mohon keajaiban dari yang maha esa. Aamiin. Foto : Diya Nadia

Loading...