Denggi ragut segalanya DJ Nadira pergi jua .. Abang akan kuat demi anak-anak -Suami (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Kuala Lumpur : Nadira dah tiada setelah bertarung nyawa di ICU, Bekas penyampai radio yang kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Kandungan THR Gegar.

Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7 pagi tadi, dia yang dilaporkan sedang  koma sebelum ini akibat Demam Denggi.

Suaminya, Hasrul Rizal Hassan berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan keluarga.

“Isteri meninggal dunia kerana demam denggi berpanjangan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di sisi saya dan keluarga.

Loading...

“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sekitar 12 tengah hari tadi,” katanya.

Sebelum dimasukkan ke hospital, Nadira berada di Kota Bharu bagi sesi bertemu peminat bersama THR Gegar di sana dan demam namun meneruskan program itu.

Sebaik pulang ke ibu kota, suaminya terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke ICU, HKL dan sehingga lah pagi tadi dia pergi buat selamanya.

Insan yang paling terasa kehilangan Nadira adalah suami nya dan 5 anak mereka hasil perkongsian hidup mereka.

Hasrul meluahkan rasa sedihnya kehilangan isteri tersayang, dia kena kuat untuk uruskan segalanya demi anak-anak, jika sebelum ini isteri tersayang setiasa bersama mengurusakan diri dan keluarga.

Semoga Hasrul tabah dengan dugaan yang amat berat ini dan dia kuat semoga roh isterinya dicucuri rahmat tenang lah disana DJ Nadira suara mu setiasa di hati pendengar. Al fatihah.

Loading...