Dato Sohaimi berlumur darah … Ini punca dia ditikam bertalu-talu sungguh kejam (10Gambar)

Kuala Lumpur : Kejadian berlaku sekelip mata sungguh pantas namun ini lah detik ngeri yang terpaksa Dato Sohaimi tempuhi.

Saat cemas diri nya diserang dan ditikam tanpa belas kesihan mungkin dengan dia untuk cederakan dirinya dan boleh meragut nyawa nya.

Punca nya sedikit teguran dan salah faham kejadian dikatakan berlaku ketika Dato Sohaimi ke rumah suspek untuk menegur perbuatan lelaki itu yang membaling batu dan mengenai adik iparnya.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 8.30 malam semalam, Dato Sohaimi,48, cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan selepas ditikam anak jirannya yang disyaki mengalami masalah mental di hadapan rumah jirannya itu di Taman Desa Moccis, Sungai Buloh.

Loading...

Sementara itu, Pegawai Khas Sohaimi, Ameer Firdaus berkata, keadaan Sohaimi kini stabil dan ditempatkan di wad biasa sebuah hospital swasta di Damansara.

“Doktor sudah menjahit lukanya malam tadi (semalam). Beliau semakin pulih dan sudah boleh bersembang seperti biasa,” katanya.

Mengenai perkembangan kes itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mahkamah membenarkan tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap lelaki berusia 27 tahun berkenaan.

Katanya, siasatan forensik turut menemui senjata berupa pisau kecil yang dipercayai digunakan suspek berhampiran lokasi kejadian.

“Semakan mendapati, suspek pernah ditahan pada bulan April lalu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan merosakkan harta benda dan dibebaskan selepas membayar denda.

“Suspek juga akan dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kerana dia dikatakan mempunyai masalah mental,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Loading...