Apa salah Along Azam dibakar hidup-hidup .. setelah bertarung nyawa along pergi jua (6Gambar)

Klang : Arwah Along Azam nama panggilan mesra oleh rakan-rakan pada pemuda berusia 21 tahun ini di yang ditemui dengan 90 peratus tubuhnya terbakar dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam kejadian pukul 4 pagi itu , meninggal dunia kira-kira jam 3 petang semalam setelah bertarung nyawa hampir 11 jam.

Along seorang insan yang sangat baik dan amat disenangi rakan, ini perubahan along sebelum dia maut dengan tragis dibakar tanpa belas kesihan tanpa punca yang jelas.

 

Loading...

 

Arwah along pernah menyuruh ayah rakan baik nya mengajar mengambil wuduk untuk solat sebelum kejadian malang yang menimpa diri nya, tidak disangka dia akan pergi buat selamanya.

Mengikut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Azamasero Ahmad Yusup, 21, beralamat di Rawang, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ketika dirawat.

Apa yang berlaku mengundang pilu rakan-rakan Along Azam, semoga mesteri apa yang berlaku kepada diri nya yang dibakar hidup-hidup dapat dirungkai secepat mungkin dan mereka yang kejam itu mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka, salam takziah buat keluarga Along Azam. Al fatihah

Loading...