Ajal Dr Muaz bersendirian dikatil .. Hasrat berkahwin tidak kesampaian (8Gambar)

Loading...
Loading...
Loading...

Kuala Terengganu : Sungguh tragis apa yang berlaku dia seorang doktor yang disenangi ramai dan seorang insan yang sangat baik.

Arwah Muaz mengikat tali pertunangan dengan rakan setugas yang juga seorang doktor, sebelum kejadian tragis ini Arwah Muaz dan tunang disahkan keracunan makanan setelah membeli makanan di Pasar Malam Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Kini segala hasrat dan keinginan nya untuk mendirikan rumah tangga hanya tinggal kenangan tidak kesampaian mereka dipisahkan oleh ajal.

Akhbar melaporkan Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu ditemukan mati di bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon, Kuala Terengganu malam semalam.

Mayat Dr Mohd Muaz Mohd Sabri, 29, dijumpai pada pukul 10.40 malam dalam keadaan terbaring di atas katil setelah pintu bilik sewanya berjaya dibuka oleh anak pemilik bilik sewa berkenaan yang hairan arwah tidak keluar rumah sejak beberapa hari.

“Saya rasa nak buka pintu bilik sebab tunang arwah ada datang ke rumah, bertanya keadaan arwah kerana tidak dapat dihubungi beberapa hari lalu…tunangnya memaklumkan dia dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari kerana keracunan makanan dan dia bimbang perkara yang sama berlaku kepada arwah.

Loading...

“Saya berusaha mencungkil untuk membuka pintu bilik dan berjaya, sebelum terhidu bau yang agak busuk…saya rasa tidak sedap hati dan terus memaklumkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini.

Arwah dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dipercayai akibat keracunan makanan selepas makanan yang dibeli di pasar malam Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama tunangnya tercemar.

Tunang Dr Mohd Muaz juga merupakan seorang doktor di hospital sama, turut ditahan di wad beberapa hari untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun arwah yang enggan ke hospital bagi mendapatkan rawatan mengambil keputusan untuk berehat dan tidak kelihatan keluar dari bilik sewanya sejak dari hari itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan pihak polis berhubung kematian itu.

“Saya dimaklumkan tiada sebarang unsur jenayah. Bedah siasat juga telah selesai dijalankan oleh pakar perubatan forensik dan memang tiada unsur jenayah setakat ini.

“Bagaimanapun beberapa sampel spesimen telah diambil mengikut prosedur biasa untuk mengetahui punca kematian dan ini akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan kejadian tersebut daripada pihak hospital.

“Kematian mengejut ini kami akan rujuk kepada hasil bedah siasat, jika tiada elemen-elemen jenayah seperti yang telah dimaklumkan..kami andaikan ia sebagai kematian biasa,” katanya
Dr Mohd Muaz mula berkhidmat di HSNZ sejak Disember 2013.

Semoga tunang arwah dan keluarga tabah dengan dugaan ini mereka hanya mampu merancang hanya yang maha esa yang menentukan semoga roh Dr Muaz tenang disana,Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Kedah dan akan disemadikan disana.Al fatihah.

Loading...