Abang arwah Adik Alya OKU Mental .. Ayah resah fikir nasib anak jika di Penjara (10Gambar)

Alor Setar : Bapa Arwah adik  Nur Aliya Syifa begitu resah memikirkan nasib dirinya ekoran kematian anak bongsu nya Alya yang mana semalam kubur arwah anak nya digali semula dengan perintah mahkamah.

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, berkata, mereka sekeluarga akur dengan undang-undang negara ini yang mana kes kematian Nur Aliya Syifa Murad disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian Nur Alia Syifa apatah lagi kejadian ini berlaku disebabkan kemalangan yang tidak disengajakan. Dia berada jauh dari tempat bapanya membuat kerja mengasah pisau rumput tersebut.

“Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis untuk melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan, kami sekeluarga akan duduk berbincang mencari penyelesaian,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, di sini hari ini.

Terdahulu, pasukan forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan pakar forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini mengambil masa hampir dua jam untuk menggali semula kubur Nur Aliya Syifa bagi membolehkan proses bedah siasat dijalankan.

Loading...

Sepanjang proses menggali semula kubur kanak-kanak tersebut, ibunya, Sabda Abdul Rahim, 41, beberapa kali rebah sebelum dipapah ke kawasan pekarangan Masjid Nurul Ehsan, di sini manakala bapanya, Murad Othman@Aziz, 40, hanya tertunduk hiba sambil ditenangkan saudara mara yang hadir.

Jenazahnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk dibedah siasat.

Menurut Fadhil, pihaknya be­rasa bimbang dengan nasib keluarga Nur Aliya Syifa sekiranya adik ipar­nya dipenjarakan kerana ke­salahan yang tidak disengajakan itu.

“Mereka ini bukan daripada keluarga senang apatah lagi, abang sulung arwah merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

“Murad yang membuat kerja-kerja kampung ini pun baharu selesai menjalani pembedahan buang apendik dan bekerja me­nyara keluarga manakala isterinya terpaksa menjaga anak khususnya si abang yang OKU,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihak­nya telah mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi memenuhi proses siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Kita akan merakam percakapan bapa mangsa mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...